20121205

December 2012

Hello December. 
Hello bloggers.

Honestly, I don't know what to blog anymore. I have lost my blogging mojo. Should I close this blog or just let it be? You know everything in this life is a choice. You need to choose between this or that. One must know what's good and bad about both choices.

Okay merepek lebih. Cuti sem dah start last week. Another 1 week to go. Aku jenis tak boleh lekat kat rumah. I need to go out somewhere at least kejap. Kalau dah seharian kat rumah, mula la sakit kepala aku muncul. To be honest, I miss college days. Cumanya aku tak rindu part assignment, test, quiz and exam.

Exam? Result? Aku cuma mampu berharap aku tak sangkut mana-mana subject. Crossed fingers. Semester ni aku langsung tak focus. Semua subject tu senang je kalau focus and study. Aku ni je malas. Otak fikir lain. And aku dah bosan kat college tu. Lecturer. Students. Environment. Sucks.

My love life. Typical relationship la kan. Mula-mula je rajin contact and everything. All the ayat manis came out. Chasing part is the most wonderful stage in the relationship. Bila dah in the relationship, everything changed. Everything became so serious. No more "main-main je" punya part. This makes be bored. Aku cepat bosan bila relationship tu takde thrill and excitement.

How to say ah? The way he cared for me is too much. You know like mengongkong. Over protective. Aku tak anggap itu caring or protective. Aku anggap tu macam cubaan untuk menakluk. Aku tak reti nak explain. Contoh, kau dapat takluk negeri A. Kau taknak orang lain dapat negeri A. So kau akan jaga habis-habisan negeri A ni supaya orang lain tak dapat. Itu bukan caring. Itu nak menguasai. Not good.

Secondly, dia suka menuduh. Aku tak faham motif dia. Tuduhan dia yang bukan-bukan. Dia tuduh aku pergi club, keluar malam, jalan with other guys, menipu kat mana aku pergi. Oh my gosh. Semua aku tak buat. Selain big boss aku, dia juga penyumbang utama tekanan dalam hidup aku. To be truth, aku macam dah malas dengan dia. Giving up? Maybe. We'll see.

I think that's all for this time. Idea is running out. Till we meet again. Goodbye :)

20121026

Bad influence

Hello pembaca setia (itupun kalau ada) :D

Hampir ke akhir bulan Oktober. Meaning to say hampir ke minggu exam. Within three weeks macam tu. I still didn't study anything. Yes. Memang betul hari-hari pergi college but typical student kat dunia ni mana ada focus on their study kan. Focus pun bila nak dekat exam. Aherher.

What else nak story eh? Macam biasa assignment tak reti nak settle. Quiz and test lagi. Makin hari makin malas nak study. Dalam otak asyik nak duit, shopping, duit, kerja, shopping, kereta and rumah. Wait what? Yep jangan terkejut dalam kepala otak aku sekarang aku nak ada kereta dan rumah. I mean right now. Ada tak yang baik hati nak bagi free kereta and rumah? Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan :p

Bukan kata malas nak cari duit but the problem is big boss tak kasi green light untuk cari kerja. Terasa diri ini seperti puteri. Dijaga rapi. Ditatang dengan minyak yang penuh. Tinggal di menara tinggi. Bosan hidup begini. I need some extreme and fun things to do in my life. Ah! Bicara mengeluh banyak kali pun tak guna. Patutkah aku buang frasa just go with the flow dari prinsip hidup aku dan tukar kepada redah terus rembat peluang di hadapan?

Dulu aku seorang yang benci kepada rokok, asap rokok dan juga perokok itu sendiri. Masa kecil dulu, uncle aku suka merokok dekat aku. Bila mana dia start keluarkan lighter dan rokok, aku akan pura-pura batuk, tutup hidung dan buat muka menyampah tak selesa gila. Agak kurang ajar di situ but what to do. Aku memang begitu. Tapi memang betul la apa orang tua cakap. Benci jadi suka. Aku yang dulu teramat benci rokok, kini mula suka dengan rokok. Shame on me. Memang salah aku start berjinak nak smoke. Itupun bukan sebab suka-suka. Aku start smoke sebab stress gila dengan big boss aku.


Haritu dia suruh aku pergi mati. Selalunya aku jenis yang tak terasa dalam hati. Terasa pun takde la sampai menangis meraung bagai. But when your own flesh tell you to go die, it hurts every pieces of your body and soul. Typical la gaduh sebab anak dara balik lambat. Well takde la lambat sangat aku balik. Pukul 7.30 macam tu. Is that consider as late? I guess no. Balik je aku tengok bilik aku bersepah. Memang stress gila time tu. Aku capai terus rokok ex-boyfriend yang aku masih simpan. Tinggal tiga batang. Habis semua. Bodoh kan.

Sekarang ni aku cuba control nafsu nak smoke tu. Bila stress or nervous je aku smoke. Whenever ada rasa nak beli rokok, aku cepat-cepat drive balik. Takut terbeli pulak. Tak sangka kalah jugak aku dengan peperangan nafsu aku sendiri. Seriously, banyak-banyak benda kat dunia ni, nak lawan nafsu tu la yang paling susah. Lagi susah daripada soalan exam kau.

Lastly, aku nak story pasal love life aku. Sila jangan muntah dahulu. Aku just nak share. Ingat tak entry aku before ni? Ada kan aku story pasal dia. Konon-konon nak berkawan je. Almost dua bulan kami kenal, akhirnya 21. 10. 2012 yang lalu, aku terima dia. Terus-terang aku katakan aku masih ada perasaan ragu-ragu terhadap dia. Pengalaman mengajar aku jadi berhati-hati. Tapi aku cuba jugak untuk kali ini. Mungkin dia ada kelainan. Mungkin.

Sampai di sini saja entry kali ini. Next entry mungkin aku story pasal si dia. Hehe. Kepada reader setia blog aku, terima kasih banyak-banyak sebab masih baca blog aku yang bukan lagi hampir terkubur tapi dah banyak kali terkubur. Goodbye :)

20121001

Wake me up when September ends

Jadinya September sudah berlalu dan hari ini bermula la bulan baru iaitu October. September yang lepas merupakan bulan construction bagi aku. Bina kembali apa yang perlu dibina. Hati dan semangat. Fizikal dan emosi.

September juga merupakan bulan mengenal orang baru. Bukan teman pengganti. Hanya kawan. Menambah kenalan. Ah ayat cliche. Kini sudah sebulan kami berkenalan. Banyak kali juga dia memberi hint. Hint apa? Hint segala. Lampu hijau. You name it. Cuma aku suka melengahkan niat dia. Aku baru saja broken hearted and he came to me and confessed everything. I couldn't differentiate whether he is serious or just being another jerk.

Cuti hari Malaysia lepas, aku dan kawan college decided pergi Kundasang. Kundasang is the "asian New Zealand". Everything went as what we planned except for the watching black and white cows at Mesilau. We're too late when we arrived at the top and that day almost over. Strong windy day. Macam nak terbang segala-gala. Apa pun, we all enjoy that moment. What a nice trip :)



Latest activities was futsal and choir. Futsal patutnya team perempuan college aku ikut bertanding but last minute the organizer tarik balik our entry because only two team sent their entry. So, hanya team lelaki yang ikut. Itupun both team kalah. Anyhow, pengalaman itu yang penting to them. Same goes to me. Akhirnya, reti jugak skill tendang bola. For the choir, our batch dapat tempat ke-3. Memula tu kena announced our batch dapat saguhati. Everyone from my batch kecewa but I know there was a mistake about the result. Hell yeah result changed!

Next week start cuti mid sem. So this week gonna be a hectic week for me. Test and assignment. Le sigh. Well this is the life of student. I have to accept. Am not going to write more crap so until here. Till we meet again. Chiao :)

20120915

Routine

Hello, here I am again :D

You see the big smile over there? Yes, it's my fake smile. It's so hard to fake your smile when you're actually broken inside. Le sigh. Sepanjang minggu ini banyak benda best and tak best berlaku. Shall we? :)

Sept 10

Event college. Raya Merdeka. Sikit lagi nak pakai baju kurung merah yang tinggal kenangan itu tapi aku tukar fikiran. I really wanted to wear that baju kurung but then I realized it's not a good idea. Sampai sana, kami berarak. Each batch kena buat persembahan and our batch menang persembahan terbaik. Yeayy for that! :)

Lepas makan semua and lepak, suddenly one of my close friend bagi idea pergi mandi-manda. Plan mengejut. Mula-mula aku macam tak nak ikut sebab it was really a sudden planning. Aku ni jenis tak suka plan mengejut. But memandangkan aku nak try mandi sungai and nak enjoy, aku ikut je la. Fyi, seumur hidup aku tak pernah mandi sungai ke lepak berkelah kat sungai. This is serious. Do not laugh. 

Konvoi ke sana. Hujan lebat. Jalan licin. Kereta langgar anjing hitam. Bampar depan cracked. My friend tak sempat nak brake or elak. Kalau dia elak anjing tu, our car akan langgar kereta dari arah bertentangan. Kalau brake, kereta belakang langgar. Sebab tu orang tua kata kalau jalan jauh jangan happy sangat. Aku dengan kawan aku siap menari gangnam style kat seat belakang. Apa tak langgar anjing. 

Sampai kat sungai tu, hujan dah berhenti. On the way nak menyeberang sungai kat belah sana, aku terjatuh siap dengan makanan and handphone aku sekali. Jatuh dalam air. First time mana la reti nak pijak batu dalam sungai segala. Dah la arus deras. Kus semangat je la dalam hati. Phone aku tak dapat on langsung. Memang #badluckaa. 

Lantak pi la phone aku yang penting dapat mandi. Balik je sampai rumah aku terus letak phone aku dalam beras dengan harapan dan doa phone tu hidup balik. Syukur la boleh on. Hari yang menggembirakan dan juga memenatkan.

Sept 11, 12, 13 and 14.

Combine sekali. Macam biasa awal pagi ke class. Balik pukul 6. Dah macam orang kerja. And yes, tiap-tiap hari aku nampak dia. Terus terang aku katakan, kadang-kadang aku macam tiada feeling bila nampak dia tapi tetiba rasa sayu semacam. Aku sendiri tak faham kenapa macam tu. Gila agaknya? 

Kelmarin 13 Sept, aku menangis teruk. Aku pergi rumah kawan mama aku ambil barang. Tengah asyik bercerita, this aunty tanya. "Kau tengah berkabung ke?", and I was like huh? Dia diam kejap then sambung cakap, "Kau perlu lupakan dia. Dia dah ada orang lain". That moment macam aku kena sakit jantung kejap. Rasa macam aku tak berpijak di tanah. Aunty ni jenis macam bomoh whatever. Reti tengok orang. 

Banyak lagi dia cakap tapi aku tak ingat dah. Aku tahan nangis. Keluar dari rumah dia, aku masuk kereta terus drive balik. Air mata aku keluar non-stop sampai aku berhenti tepi jalan. Sebaknya hati aku hanya Tuhan yang tahu. Sepanjang perjalanan balik tu, sepanjang tu la jugak aku nangis. Lame right? :(

Bayangkan, kau datang rumah someone and then dia tahu pasal diri kau. Pasal kesedihan kau. Pasal apa yang kau lalui sekarang. It's sucks you know. Susah untuk aku terima buat masa sekarang. Cakap banyak pun tak guna. Aku cuma harap sangat feeling aku ni hilang semua. Kalau boleh lupa terus. 

Rasanya itu saja story minggu ini. Sebenarnya aku lupa half of it. Hehe.

p/s: 14 Sept = suppose to be our 7th monthsary :')

20120901

Introduction - 01092012

"Hai, boleh berkenalan?"



Typical. Memandangkan tak ramai yang tahu aku ni siapa, moh le kita berkenalan yob? Di blogger, aku lebih senang guna nama A.A. Nama kat site lain? Pandai cari, tahulah aku siapa. Ecewah kemain bajet macam artis. A.A stands for what? Anak Ayam. Okay tipu. Just call me AA. Kalau orang tanya siapa nama pemilik blog threehundredandthirtythreedegree ni, kau cakap je alah yang si AA tu.

Panjang berjela pulak intro aku. Aku ringkaskan. Jantina perempuan. Umur 20 tahun. Status single. Eh. Tinggal di bumi Malaysia. Masih belajar di sebuah kolej swasta. Cita-cita err tak perlu kot. So, blog ini akan dilimpahi dengan story hidup aku dan puisi madah pantun syair segala. Random post. Tengok mood. Aku ni jenis yang ikut mood orangnya. 

Aku berblogging semenjak umur 16 tahun kalau tak salah. Freshie tak perlu nak berlagak dengan blog baru nak up you guys tu. 4 tahun yang lalu adalah zaman kegemilangan blogging. Sekarang ni tiada siapa pandang blog. Aku menulis guna bahasa rojak so jangan judge aku. Kekadang grammar aku ke laut jugak. Betulkan jangan ketawakan.

Rasanya itu sahaja intro dari aku. Sampai berjumpa lagi. 

p/s : Ingin menggunakan nama sebenar tapi risau komplikasi yang bakal mendatang.

Laungkan MERDEKA!

Last published on Jan 19, 2012




Hari ini tanggal 31 Ogos 2012. Agak lama juga aku tidak menulis. Ada kawan yang mencari ke mana menghilang? 

Mengapa tidak menulis lagi? Sebenarnya aku sudah sambung study. Hujung bulan Disember 2011 yang lepas lagi. 
Sedikit busy. Oh busy la sangat. Dan betullah orang kata, manusia yang sedang bercinta memang tidak ingat 
hal lain. Yes. Dalam tempoh itu, aku bercinta dengan seseorang. Apa? Love story lagi? Dan bila sibuk belajar, 
sibuk dengan kawan baru, sibuk dengan si dia dan masalah, makin terbiar blog ini. 


Mungkin sesetengah orang yang kenal aku dan membaca blog aku sebelum ini tahu apa sebab aku kembali menulis.

Bila ada masalah, aku kembali menulis. Bila kerisauan melanda, aku melalak di sini. Bila hangat bercinta, aku 
hebahkan di sini. Bila putus cinta, aku meluahkan isi hati di sini. Eh? Putus cinta? 


To be continued.....



p/s : Selamat Hari Merdeka kepada semua. Dan Selamat Hari Merdeka juga kepada blog ini. Tapi merdekakah aku?