20120901

Introduction - 01092012

"Hai, boleh berkenalan?"



Typical. Memandangkan tak ramai yang tahu aku ni siapa, moh le kita berkenalan yob? Di blogger, aku lebih senang guna nama A.A. Nama kat site lain? Pandai cari, tahulah aku siapa. Ecewah kemain bajet macam artis. A.A stands for what? Anak Ayam. Okay tipu. Just call me AA. Kalau orang tanya siapa nama pemilik blog threehundredandthirtythreedegree ni, kau cakap je alah yang si AA tu.

Panjang berjela pulak intro aku. Aku ringkaskan. Jantina perempuan. Umur 20 tahun. Status single. Eh. Tinggal di bumi Malaysia. Masih belajar di sebuah kolej swasta. Cita-cita err tak perlu kot. So, blog ini akan dilimpahi dengan story hidup aku dan puisi madah pantun syair segala. Random post. Tengok mood. Aku ni jenis yang ikut mood orangnya. 

Aku berblogging semenjak umur 16 tahun kalau tak salah. Freshie tak perlu nak berlagak dengan blog baru nak up you guys tu. 4 tahun yang lalu adalah zaman kegemilangan blogging. Sekarang ni tiada siapa pandang blog. Aku menulis guna bahasa rojak so jangan judge aku. Kekadang grammar aku ke laut jugak. Betulkan jangan ketawakan.

Rasanya itu sahaja intro dari aku. Sampai berjumpa lagi. 

p/s : Ingin menggunakan nama sebenar tapi risau komplikasi yang bakal mendatang.

No comments: