20121026

Bad influence

Hello pembaca setia (itupun kalau ada) :D

Hampir ke akhir bulan Oktober. Meaning to say hampir ke minggu exam. Within three weeks macam tu. I still didn't study anything. Yes. Memang betul hari-hari pergi college but typical student kat dunia ni mana ada focus on their study kan. Focus pun bila nak dekat exam. Aherher.

What else nak story eh? Macam biasa assignment tak reti nak settle. Quiz and test lagi. Makin hari makin malas nak study. Dalam otak asyik nak duit, shopping, duit, kerja, shopping, kereta and rumah. Wait what? Yep jangan terkejut dalam kepala otak aku sekarang aku nak ada kereta dan rumah. I mean right now. Ada tak yang baik hati nak bagi free kereta and rumah? Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan :p

Bukan kata malas nak cari duit but the problem is big boss tak kasi green light untuk cari kerja. Terasa diri ini seperti puteri. Dijaga rapi. Ditatang dengan minyak yang penuh. Tinggal di menara tinggi. Bosan hidup begini. I need some extreme and fun things to do in my life. Ah! Bicara mengeluh banyak kali pun tak guna. Patutkah aku buang frasa just go with the flow dari prinsip hidup aku dan tukar kepada redah terus rembat peluang di hadapan?

Dulu aku seorang yang benci kepada rokok, asap rokok dan juga perokok itu sendiri. Masa kecil dulu, uncle aku suka merokok dekat aku. Bila mana dia start keluarkan lighter dan rokok, aku akan pura-pura batuk, tutup hidung dan buat muka menyampah tak selesa gila. Agak kurang ajar di situ but what to do. Aku memang begitu. Tapi memang betul la apa orang tua cakap. Benci jadi suka. Aku yang dulu teramat benci rokok, kini mula suka dengan rokok. Shame on me. Memang salah aku start berjinak nak smoke. Itupun bukan sebab suka-suka. Aku start smoke sebab stress gila dengan big boss aku.


Haritu dia suruh aku pergi mati. Selalunya aku jenis yang tak terasa dalam hati. Terasa pun takde la sampai menangis meraung bagai. But when your own flesh tell you to go die, it hurts every pieces of your body and soul. Typical la gaduh sebab anak dara balik lambat. Well takde la lambat sangat aku balik. Pukul 7.30 macam tu. Is that consider as late? I guess no. Balik je aku tengok bilik aku bersepah. Memang stress gila time tu. Aku capai terus rokok ex-boyfriend yang aku masih simpan. Tinggal tiga batang. Habis semua. Bodoh kan.

Sekarang ni aku cuba control nafsu nak smoke tu. Bila stress or nervous je aku smoke. Whenever ada rasa nak beli rokok, aku cepat-cepat drive balik. Takut terbeli pulak. Tak sangka kalah jugak aku dengan peperangan nafsu aku sendiri. Seriously, banyak-banyak benda kat dunia ni, nak lawan nafsu tu la yang paling susah. Lagi susah daripada soalan exam kau.

Lastly, aku nak story pasal love life aku. Sila jangan muntah dahulu. Aku just nak share. Ingat tak entry aku before ni? Ada kan aku story pasal dia. Konon-konon nak berkawan je. Almost dua bulan kami kenal, akhirnya 21. 10. 2012 yang lalu, aku terima dia. Terus-terang aku katakan aku masih ada perasaan ragu-ragu terhadap dia. Pengalaman mengajar aku jadi berhati-hati. Tapi aku cuba jugak untuk kali ini. Mungkin dia ada kelainan. Mungkin.

Sampai di sini saja entry kali ini. Next entry mungkin aku story pasal si dia. Hehe. Kepada reader setia blog aku, terima kasih banyak-banyak sebab masih baca blog aku yang bukan lagi hampir terkubur tapi dah banyak kali terkubur. Goodbye :)

No comments: